08:41

DIBERI KESEMPATAN

Posted by HaFIZ

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah akhirnya saya diberi kesempatan menjenguk-jenguk laman blog ini. Entahlah apa dah jadi dengan blog ini. rasanya sampai sini sahaja penulisan saya. InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan saya akan melawati blog ini selalu dan memberi info-info baru dari semasa ke semasa.

akhir kata harap masih sempat mengucapkan Salam Lebaran dan Maaf Zahir dan Batin.

19:20

Bola Sepak Piala Prof. Baru Bermula

Posted by HaFIZ

Saya nk cerita sedikit berkenaan bola sepak di kampus ni.
piala Prof ini menjadi pertandingan yang dinanti-nantikan oleh semua penggemar bola sepak termasuklah saya.
cukup la sedikit perkembangan tu. sebenarnya saya nak tunjukkan jersi team kami. oleh itu kalau ada kawan-kawan yang ingin menyokong kumpulan saya ramai-ramailah memakai baju yang seangkatan warna dengan jersi kami.


inilah jersi kami tapi ni saya punya jersi.

Rasanya cukuplah ini sahaja celoteh saya. ada masa dan kesempatan saya tulis lagi. ini hanya sambilan sahaja. hehehehe...



'Money
Creation' atau mencipta duit merupakan suatu aktiviti sesebuah negara dalam memperbanyakkan duit. duit dicipta dengan pelbagai cara pada masa sekarang bukan seperti sebelum ini, duit dinilaikan dengan nilaian harta emas yang dimiliki sesebuah negara. Sekarang duit boleh dicetak bila-masa sahaja. Dan tahukah anda nilai duit yang ada sekarang sebenarnya nilainya lebih rendah dari nilai sebenar kerana ianya hanya kertas yang dianggap bernilai. Ianya dipanggil SEIGNIORAGE di mana sebagai contoh untuk menbuat duit kertas $100 mungkin hanya memerlukan $0.20 sahaja modalnya dan ke mana selebihnya? Itulah keuntungan yang akan diperolehi.

Terdapat tiga (3) cara dalam mencipta duit di samping akan dihuraikan bagaimana hubungan dengan masalah sosial sekarang:-

1. Fiat Money
Iaitu duit kertas yang nilainya tidak bersandarkan pada nilaian emas. hanya kertas semata-mata dan masih dianggap bernilai di mata masyarakat, sekiranya tidak dianggap bernilai makanya duit itu hanya kertas biasa sahaja. Contohnya, semasa kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997, perdana menteri pada masa itu telah membuat kawalan kewangan di mana wang atau duit Malaysia tidak laku di luar negara dan hanya boleh digunakan di Malaysia sahaja. Hal ini kerana duit ini tidak di sandarkan kepada emas dan semua negara masa kini boleh dikatakan beginilah duit mereka. bertambah teruk USD yang paling banyak mencipta duit seperti ini.

2. Tractional Reserve Requirement
Apabila barang meningkat, dan keperluan duit untuk membeli dan duit yang sedia ada tidak cukup, maka perlu dicetak duit tersebut untuk keperluan semasa.

3. Interest Base
Duit akan tercipta apabila terdapat kadar faedah dalam sesuatu transaksi atau aktiviti di mana duit 'interest itu sebenarnya tiada pada asalnya dan perlu dicipta untuk melengkapkan nilaina tersebut. Dalam perkara ini Commersial Bank paling banyak mencipta duit berbanding Bank negara dan bank negara hanya perlu mencetak duit akibat penciptaan duit yang dilakukan Commersial bank.

nombor 2 dan 3 tidak saya huraikan kerana melibatkan pengiraan yang rumit dan hanya boleh dihuraikan sedikit. Di sini dapat kita perhatikan duit dicipta luar dari kemampuan yang dimiliki masyarakat sebagai contoh keseluruhan pendapatan semua orang negara A $300juta sebulan dan pembelanjaan mereka semua $400juta sebulan. OLeh itu, negara A dapat mencipta $100juta sebulan. Tetapi, bagaimana pula masyarakat ini hendak membayar $100juta tersebut sedangkan kemampuan bulanan mereka hanya $300juta. Hal inilah yang akan menjadikan masyarakat menjadi hamba wang, bingung dalam mencari duit. Keluarga haru biru kerana terlibat dengan masalah hutang. Anak-anak jadi terbiar dan memilih untuk bersosial diluar. Dan seterusnya berlaku gejala sosial. Kemudian negara keluarkan banyak duit untuk mengatasi masalah sosial.

seperti yang berlaku di US kini begitulah kerana mereka lebih banyak mencipta duit dan dikatakan sebenarnya negara US sekarang sudah muflis sebenarnya. sejauhmana kebenarannya, marilah kita kaji dan perhatikan.

Sebagai kesimpulannya, sebnarnya untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan, kita perlu kembali kepada wang dinar emas keran nilainya yang tetap dan mempunyai nilai. Walaubagaimanapun ianya agak mustahil, tapi marilah kita berdoa agar dapat melaksanakannya kelak agar Islam terus maju. Sudah termaktub Islam itu Syumul iaitu menyeluruh dan dalam sudut kewangan pun telah diberitahu berkenaan wang emas.

Renung-renungkkan dan fikir-fikirkan. Selamat beramal.

Dr Mahathir gesa kerajaan henti beli senjata Amerika


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata api dan senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) pula meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.

Beliau berkata, walaupun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat, ia ia akan merasakan kesannya dalam jangka panjang.


“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.


“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin.

"Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. - Bernama

semakin hari ku rasa mcm malas nk update blog ku...
terasa seperti tiada yang mengunjungi aku...
tp perjuangnku perlu diteruskan...
ape yang perlu ditegakkan akan kutegakkan....

cakpong, jgn mengalah ok.....
chaiyok2.....

Ya Allah, hidup palestine, hancur Israel....