Isnin, 19 Januari 2009

MEMANG BETUL PUN APA YANG DR. M PERKATAKAN

Dr Mahathir gesa kerajaan henti beli senjata Amerika



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata api dan senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) pula meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.

Beliau berkata, walaupun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat, ia ia akan merasakan kesannya dalam jangka panjang.



“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada pihak kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat yang baru.

“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika untuk mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin.

"Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang kita tahu akan menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini. - Bernama

Tiada ulasan: