Isnin, 19 Januari 2009

MEMANG BETUL PUN APA YANG DR. M PERKATAKAN

Dr Mahathir gesa kerajaan henti beli senjata Amerika



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa kerajaan berhenti membeli senjata api dan senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) pula meminta rakan mereka di negara lain turut berbuat demikian.

Beliau berkata, walaupun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat, ia ia akan merasakan kesannya dalam jangka panjang.